Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Ow1wMZwp PruBSN Takaful Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Ow1VzsOe

Tuesday 28 June 2011

Tips Menabung

Hari ini kita bercerita sedikit tentang menabung. Salah satu cara untuk menanam sifat menabung ialah dengan menyimpan duit syiling. Duit syiling je? Ye duit syiling. Ini adalah salah satu cara untuk manabung.

Bagaimana? Kita biasa beli membeli barang dan dipulangkan dengan baki berbentuk duit syiling betul? Jadi apa yang kita perlu buat dengan syiling-syiling ni? Duit syiling ni kita simpan. Jangan gunakan untuk membeli benda lain atau nak cukupkan sen-sen ketika membeli barang. Biar duit syiling ini sampai kat rumah dan kita simpan dalam tabung yang telah kita sediakan untuk duit-duit syiling ini.

Cuba lakukan dan anda akan mendapati anda boleh mengumpulkan berpuluh ringgit atau mungkin ratusan. Yang banyak tu mungkin sebab bayar duit parking dan selepas tu baki semua dalam syiling... :-)

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Friday 10 June 2011

Kenapa Perlu Ada Perlindungan Takaful Sekarang

Ada beberapa sebab kenapa kita perlu ada perlindungan takaful sekarang:

1. Memberi ketenangan jika sesuatu berlaku ke atas diri kita seperti dimasukkan ke hospital
2. Perlindungan untuk penyakit-penyakit kritikal hanya selepas 120 hari selepas polisi anda lulus
3. Hanya boleh di ambil ketika anda masih sihat
4. Semakin meningkat umur anda semakin tinggi premium bulanan perlu dibayar
5. Meringankan beban kewangan anda sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini
6. Perancangan kewangan yang sihat
7. Untuk menggalakkan tabiat menyimpan
8. Untuk menunjukkan betapa sayangnya kita kepada keluarga kita sebab jika sesuatu terjadi kepada kita, kita tidak menyusahkan mereka dari segi beban kewangan.
9. Untuk melindungi simpanan anda jika anda dimasukkan ke hospital.
10. Kos perubatan semakin meningkat
11. Supaya bersedia dan tidak menagih simpati jika sesuatu terjadi kepada kita atau keluarga kita

Sunday 5 June 2011

Kenapa Kita Perlukan Perlindungan (Takaful)?

Di zaman yang serba maju, peningkatan kos sara hidup, pendidikan dan perubatan telah banyak mengubah cara kehidupan kita. Hari ini kita perlu lebih teliti dalam pengurusan kewangan. Kita perlu lebih peka dan bersedia dalam menempuhi liku-liku dan cabaran kehidupan.

Oleh kerana kita sedang membincangkan topik "Kenapa Kita Perlukah Perlindungan?" ingin saya beritahu bahawa majoriti atau kebanyakan dari kita semua berada di dalam kelas berpendapatan pertengahan atau kelas bawahan di mana duit simpanan kita cukup-cukup untuk membayar perkara-perkara asas seperti kereta, rumah, bil-bil dan perbelanjaan isi rumah, itu pun jika ada, jika terjadi sesuatu pada diri kita. Tetapi saya percaya anda semua adalah individu-individu yang memikirkan masa depan anda dan keluarga.


Tetapi kita jarang berfikir tentang apa akan terjadi kepada nasib kita jika sesuatu berlaku ke atas diri kita di mana kita hilang punca mata pencarian atas sebab kesihatan atau kemalangan seperti sakit kanser, sakit jantung, kecacatan kekal selepas kemalangan dan sebagainya. Tidak kira apa yang berlaku, adakah kita sudah bersedia untuk membelanjakan wang simpanan kita yang banyak untuk menanggung kos perubatan yang kita perlukan?
 
Kadang-kadang kita fikir perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku pada diri kita. Tetapi adakah kita pasti yang ia tidak akan berlaku pada diri kita? Adakah kita pasti yang esok kita masih hidup? Adakah kita pasti yang esok kita masih sihat? Adakah kita pasti yang esok tiada apa-apa yang berlaku pada kita?

Hari ini kesedaran perlu ada pada diri kita semua tentang keperluan Takaful (atau bahasa lainnya Insurance) untuk meringankan atau melindungi diri dan keluarga kita dari musibah yang menimpa kita. Takaful inilah yang akan memberi pertolongan atau perlindungan ketika anda sangat memerlukan.

Tidak kurang juga kepada golongan kelas yang berpendapatan tinggi yang juga perlu memiliki pelan perlindungan, Takaful, untuk melindungi mereka. Walalupun golongan yang berpendapatan tinggi ini memiliki status kewangan yang kukuh, tetapi alangkah lebih baik jika pelan perlindungan (Takaful) yang mereka ada membayar kos-kos perubatan mereka selain aset mereka terjaga ketika sesuatu terjadi kepada mereka walaupun memerlukan kos perubatan lebih dari RM100,000.

Di sini saya ingin menyeru dan memberitahu bahawa kita perlu ada pelan perlindungan untuk diri kita dan keluarga semasa kita masih sihat. Kerana semasa sihatlah kita boleh memiliki pelan perlindungan Takaful ini. Jika sudah sakit, maka sudah terlambat bagi anda.

Sayangilah diri anda dan keluarga anda.

Renung-renungkan dan selamat beramal. :)