Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Ow1wMZwp Kenapa Kita Perlukan Perlindungan (Takaful)? | PruBSN Takaful Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Ow1VzsOe

Sunday 5 June 2011

Kenapa Kita Perlukan Perlindungan (Takaful)?

Di zaman yang serba maju, peningkatan kos sara hidup, pendidikan dan perubatan telah banyak mengubah cara kehidupan kita. Hari ini kita perlu lebih teliti dalam pengurusan kewangan. Kita perlu lebih peka dan bersedia dalam menempuhi liku-liku dan cabaran kehidupan.

Oleh kerana kita sedang membincangkan topik "Kenapa Kita Perlukah Perlindungan?" ingin saya beritahu bahawa majoriti atau kebanyakan dari kita semua berada di dalam kelas berpendapatan pertengahan atau kelas bawahan di mana duit simpanan kita cukup-cukup untuk membayar perkara-perkara asas seperti kereta, rumah, bil-bil dan perbelanjaan isi rumah, itu pun jika ada, jika terjadi sesuatu pada diri kita. Tetapi saya percaya anda semua adalah individu-individu yang memikirkan masa depan anda dan keluarga.


Tetapi kita jarang berfikir tentang apa akan terjadi kepada nasib kita jika sesuatu berlaku ke atas diri kita di mana kita hilang punca mata pencarian atas sebab kesihatan atau kemalangan seperti sakit kanser, sakit jantung, kecacatan kekal selepas kemalangan dan sebagainya. Tidak kira apa yang berlaku, adakah kita sudah bersedia untuk membelanjakan wang simpanan kita yang banyak untuk menanggung kos perubatan yang kita perlukan?
 
Kadang-kadang kita fikir perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku pada diri kita. Tetapi adakah kita pasti yang ia tidak akan berlaku pada diri kita? Adakah kita pasti yang esok kita masih hidup? Adakah kita pasti yang esok kita masih sihat? Adakah kita pasti yang esok tiada apa-apa yang berlaku pada kita?

Hari ini kesedaran perlu ada pada diri kita semua tentang keperluan Takaful (atau bahasa lainnya Insurance) untuk meringankan atau melindungi diri dan keluarga kita dari musibah yang menimpa kita. Takaful inilah yang akan memberi pertolongan atau perlindungan ketika anda sangat memerlukan.

Tidak kurang juga kepada golongan kelas yang berpendapatan tinggi yang juga perlu memiliki pelan perlindungan, Takaful, untuk melindungi mereka. Walalupun golongan yang berpendapatan tinggi ini memiliki status kewangan yang kukuh, tetapi alangkah lebih baik jika pelan perlindungan (Takaful) yang mereka ada membayar kos-kos perubatan mereka selain aset mereka terjaga ketika sesuatu terjadi kepada mereka walaupun memerlukan kos perubatan lebih dari RM100,000.

Di sini saya ingin menyeru dan memberitahu bahawa kita perlu ada pelan perlindungan untuk diri kita dan keluarga semasa kita masih sihat. Kerana semasa sihatlah kita boleh memiliki pelan perlindungan Takaful ini. Jika sudah sakit, maka sudah terlambat bagi anda.

Sayangilah diri anda dan keluarga anda.

Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

No comments:

Post a Comment